Pelajar LUCT serlah rekaan fesyen

2017-06-19

Universiti Kreatif Lim Kok Wing (LUCT) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya universiti di negara ini yang berpeluang membuat pertunjukan fesyen di persada antarabangsa melalui penyertaan di London Fashion Week, pada penghujung bulan lalu.

Universiti Kreatif Lim Kok Wing (LUCT) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya universiti di negara ini yang berpeluang membuat pertunjukan fesyen di persada antarabangsa melalui penyertaan di London Fashion Week, pada penghujung bulan lalu.

Naib Presiden Jenama, Kreativiti dan Pembangunan Bakat LUCT, Datuk Tiffanee Marie Lim, berkata koleksi yang dihasilkan dalam tempoh sebulan itu mencerminkan kepelbagaian dan keunikan yang dimiliki pelajar universiti yang datang dari 14 negara di seluruh dunia.

“LUCT mempunyai rangkaian perhubungan yang unik. Kami berkongsi mengenai cara kehidupan masing-masing dan bertukar idea untuk menjayakan pertunjukan di London Fashion Week ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.

LUCT dan Lim Kok Wing Fashion Club diberi peluang memperkenalkan koleksi dinamik yang dihasilkan pada hari pertama berlangsungnya London Fashion Week di Freemasons’ Hall, Covent Garden, London.

Koleksi menakjubkan itu dihasilkan dengan mengetengahkan konsep gabungan pakaian mewah dan streetwear yang berjaya mempesonakan penonton dengan rekaan menampilkan potongan berani, perincian fabrik yang baik dan hasil kerja yang berkualiti.

Berfikir di luar kotak

Koleksi itu turut meneroka keunikan yang dimiliki warisan fesyen daripada masyarakat Afrika dan Asia yang mencerminkan keunikan budaya dimiliki pelajar LUCT.

Koleksi itu merangkumi pakaian menggunakan cetakan silang budaya, perhiasan kepala yang mewah dan aksesori, manakala pemilihan fabrik pula dibuat berdasarkan kebudayaan dari negara Swaziland, Zimbabwe, Lesotho, Botswana, Indonesia, Iran dan Malaysia.

LUCT sentiasa menggalakkan pelajarnya untuk berfikir di luar kotak dan menerapkan aspek integrasi seni, budaya dan trend sosial dalam fesyen dipilih oleh panel terdiri daripada pakar industri, sekali gus menjadi satu-satunya universiti asing diberi peluang membuat pertunjukan fesyen pada acara mewah bertaraf dunia itu.

Peluang mengadakan pertunjukan fesyen di London Fashion Week yang dijalankan dengan kerjasama pertunjukan bebas terbesar dari United Kingdom, Fashion Scout itu bukan saja menyediakan pentas kepada pelajar untuk mempamerkan rekaan mereka kepada umum tetapi juga mencuri perhatian pereka tersohor dunia.

20% Off Every Thursday On All Items in Store